Sunday 22 July 2012

Ujian

Penulis : Nadzirah RuQyah Masa : 1:35 am Comments : 2 Labels :
Setiap manusia pernah diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan sama ada diuji dengan kehilangan, bencana alam mahupun harta benda. kekadang apabila kita diuji, adakah kita bersabar atau sebaliknya? cubalah tepuk dada tanya iman kita . adakah kita dari golongan yang sabar atau golongan yang mengeluh? hanya kita sahaja yang mampu menjawab soalan itu.

Selama ini, pernahkah kita terfikir kenapa Allah datangkan ujian dan dugaan kepada hambanya? Pernahkah terlintas dihati kita untuk menyalahkan takdir yang menimpa kita?  jadi apa yang kita lakukan bila di timpa dengan ujian yang berat? adakah kita terus terusan perlu lemah dan sedih?  


Jawapannya Tidak. Kita sebenarnya perlu bangkit daripada kesedihan kita dan juga sabar dengan ujian yang menimpa kita. Benar ujian itu pahit. dan sukar untuk kita laluinya tetapi percayalah di sebalik kesedihan dan kepahitan yang kita alami Allah akan memberi sesuatu yang tidak kita jangka dan Allah mengembirakan hati hamba-hambanya yang sedang berduka cita dengan janji-janjiNya di dalam al-Quran.


Ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan Allah tidak akan membebani seseorang itu jika bukan di atas kemampuannya sendiri. jadi bila Allah memberi ujian kepada kita itu bermakna Allah tahu kita boleh laluinya walaupun ianya pahit dan sakit . oleh itu bersabar dan bertawakal la kepada Allah semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus jalani kehidupan di dunia yang penuh dengan liku-liku kehidupan.

2 comments:

Atie Zieya said...

allah menguji krna dia tahu..kita mampu untuk lalui :)

Nadzirah RuQyah said...

betul sebab tu kita kena kuat.. dan tak boleh lemah.. wanita kan kuat insyallah :)

 
BLOG COPYRIGHT 2014 NaDzirah RuQyah || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic