Sunday, 22 July 2012

Adakah Bulan Ramadhan ini Yang Terakhir Buat Ku

Penulis : Nadzirah RuQyah Masa : 1:40 pm Comments : 3 Labels :

Assalamualaikum

 Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk bernafas lagi di muka bumi Allah ini. Maha suci Allah yang berkuasa terhadap sesuatu. Alhamdulilah  hari ini kita telah menyambut hari kedua ramadhan dan adakah ramadhan kita yang pertama itu mendapat pernilaian  yang tinggi daripada Allah ataupun hanya sia-sia sahaja puasa kita.Tepuk lah dada tanya iman kita.

Sebenarnya puasa ini bukanlah sekadar untuk menahan lapar dan dahaga. Tetapi ia untuk mengajar dan mendidik nafsu kita supaya kita dapat mengawal nafsu kita,bukannya nafsu yang mengawal  diri kita. Ok berbalik kepada tajuk entry ku kali ini Adakah Bulan Ramadhan Kali ini Adalah Terakhir Untuk Ku? Kenapa aku memilih tajuk itu? kerana untuk aku menginsafi diri ku yang banyak melakukan dosa kepada Allah.

Bila aku memikirkan jika tiba-tiba Allah mencabut nyawa ku saat ini,ketika diri aku masih kotor  aku menjadi takut dan sedih. Aku bukanlah  takut akan kematian itu tetapi aku takut jika aku tidak sempat bertaubat dan menebus kembali dosa-dosa yang telah aku lakukan padaNya. Aku takut apabila aku  disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir aku tidak dapat menjawabnya. Aku juga takut dengan azabNya yang pedih.

Kenapa aku membicarakan soal mati kerana aku mendapat berita kematian adik-adik junior ku. walaupun aku tidak mengenali mereka dengan rapat aku juga merasa sedih atas pemergiaan mereka dan aku tidak sangka mereka di jemput Illahi sebelum tibanya Bulan Ramadhan kali ini. Al-Fatihah buat mereka.

Jadi aku berharap aku diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa sehingga akhir nya dan diberi peluang sekali lagi untuk menyambutnya kembali. Semoga dalam bulan Ramadhan ini aku dapat melakukan amal ibadah dengan baik dan meraih ganjaran pahala daripadaNya. 
 
BLOG COPYRIGHT 2014 NaDzirah RuQyah || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic